Monday, April 15, 2013

DAKWAH FARDIAH PART 1


DAKWAH FARDIAH

Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajiban setiap muslim di setiap masa. Seperti firman Allah, “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (QS Fushilat: 33)


Menyeru manusia kepada Allah SWT merupakan sebaik-baik urusan apabila dilakukan secara sungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dilakukan dengan pidato, ceramah, majelis ilmu, media masa dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya.

USLUB DAN MARHALAH
Kita hendaklah memahami realita muslimin yang ada di medan dakwah kita. Banyak dari mereka yang bermalas-malasan dan bersikap keterlaluan. Kita hendaklah memperkenalkan mereka kepada cara hidup yang Islami dengan
kefahaman yang lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah SAW. Faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam keadaan sekarang adalah kelemahan iman di jiwa dan tidak memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Kondisi ini menyebabkan musuh-musuh Allah menjadikan kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam.

Ada banyak kasus ketika usaha menyeru kepada Islam mereka tanggapi dengan enggan bahkan cenderung meremehkan da’i. Maka, da’i harus bersabar menghadapi hal tersebut dan siap menerima hal-hal buruk yang mungkin terjadi. Demikianlah sikap da’i terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia hanya mengharapkan balasan usahanya dari Allah dan mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW.

Marhalah Pertama
Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar memperhatikan mad’u dan bertanya kabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Anda tidak membicarakan mengenai dakwah sehingga hatinya benar-benar terbuka dan bersedia untuk menerima anda.

Marhalah Kedua
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di tahap ini perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan secara langsung. Lebih baik jika dilakukan melalui pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengaja.

Marhalah Ketiga
Di marhalah ini kita membantunya memperbaiki diri dengan mengajarnya tentang ketaatan kepada Allah dan ibadah fardhu, membiasakan beribadah secara displin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam. Baik pula jika dia dibekalkan dengan buku-buku tentang persoalan aqidah, ibadah dan akhlak yang baik agar faham serta mengajak dia menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah, berkenalan dengan orang-orang salih dan menjauhkannya dari orang-orang jahat.
Begitulah seterusnya, suasana yang salih terus dibina untuk membantu menyempurnakan keperibadian Islamnya. Kita haruslah sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan ini (Islam).

Marhalah Keempat
Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membatasi pada solat, puasa, zakat dan haji saja tetapi mencakup seluruh aspek kehidupan
Semua itu adalah ibadah kepada Allah SWT apabila mencukupi dua syarat: Niat karena Allah SWT dan cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.

Marhalah Kelima
Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad'u bahawa agama kita (Islam) tidak berarti kita menjadi muslim pada diri sendiri saja; dengan melaksanakan ibadah tertentu, berakhlak baik dan tidak menyakiti orang lain; tapi lebih dari itu. Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Inilah faham yang betul terhadap Islam, mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajiban. Kita wajib melaksanakannya sesuai perintah Allah supaya masyarakat dapat dibina di atas prinsip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan.
Kita juga harus memahami bahawa di antara kewajiban kita terhadap Islam ialah berusaha dan berjuang bersungguh-sungguh agar Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah SWT , "…sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata…"(al-Baqarah: 193).Oleh karena itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka".

Marhalah Keenam
Marhalah keenam yaitu mejelaskan kepada mad'u bahawa kewajiban ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara sendirian (fardi); setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah Islamiah dan mengembalikan khalifah Islamiah sendirian. Malah usaha tersebut harus dilakukan melalui Jemaah (organisasi) yang akan menyatukan usaha-usaha fardi demi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini. Seperti kaidah syara berikut, "Apabila sesuatu kewajiban tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka dia menjadi wajib"
Oleh karena itu, selama kewajiban menegakkan Daulah Islamiah tidak dapat disempurnakan kecuali dengan adanya Jemaah, maka mewujudkan jemaah adalah wajib.

Marhalah Ketujuh
Marhalah ketujuh yaitu menjawab persoalan yang bermain di benak mad'u: Jemaah manakah yang patut dianggotai? Tahapan ini penting tetapi sensitif, memerlukan hikmah dan kebijaksanaan, penerangan yang jitu dan memuaskan. Oleh karena itu, janganlah dipersiakan begitu saja. Dia haruslah teliti dalam memilih jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan diyakini selamat. Dia harush mengkaji, berbincang dan menghabiskan waktu dan tenaga yang cukup untuk mencari kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan bertindak tanpa kepastian.

Pada dasarnya, siapapun yang ingin bekerja (menyumbang) untuk Islam dia juga tidak boleh memisahkan diri dari jemaah besar yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati jemaah tersebut secara keseluruhan terdapat kefasikan atau kesesatan. Begitulah seterusnya.
Berdasarkan penjelasan di marhalah ini, maka setiap peribadi yang bersikap benar dan ikhlas akan mendapati bahawa ciri-ciri yang harus ada pada jemaah pilihannya telah dimiliki oleh Jemaah Ikhwan Muslimin. Inilah kelebihan dan taufiq yang diberikan oleh Allah

TO BE CONTIMUED...

No comments:

Post a Comment